Monday, March 23, 2009

TAKAFULINK

ASSALAMUALAIKUM semua...Post kali ni panjang sikit...Hari ni aku nak berkongsi tentang TAKAFULINK...TAKAFULINK ni adalah PELAN TAKAFUL KELUARGA ( untuk setiap peringkat umur )...Yang berkaitan dengan pelaburan yang Berlandaskan prinsip-prinsip SYARIAH... Yang memenuhi keperluan PERLINDUNGAN dan PERLABURAN.....

Pelan Takafulink ni terdapat 3 pecahan akaun yang utama iaitu :

1. PARTICIPANT UNIT ACCOUNT ( PUA )
( Rujuk manfaat No.1, No.2 dan No.3 )

2. INDIVIDUAL SPECIAL ACCOUNT ( ISA )
( Rujuk manfaat No.4 hingga No.13 )

3. INVESTMENT UNIT ACCOUNT ( IUA )
( Rujuk manfaat No.14 )


Berikut kat bawah ni aku senaraikan 14 senarai manfaat yang ada dalam PELAN TAKAFULINK serta dengan penerangan ringkas skali...


1. KEMATIAN...
  • Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu...
  • Sebab-sebab kematian terdiri daripada Kematian Biasa atau Kemalangan...

2. LUMPUH KEKAL KESELURUHAN

  • Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus...
  • Manfaat-manfaat lain akan kekal mcm biasa...
  • Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan ( Rujuk Elaun Lumpuh )


3. CRISIS SHIELD ( PAMPASAN 36 JENIS PENYAKIT KRITIKAL )

  • Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit kritikal ni, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus...
  • Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan ( rujuk manfaat Medical Card )
  • Selepas client didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ni, semua caruman akan datang, akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia...
  • Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi..
  • Wang pelaburan tu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan...
  • Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada...

4. CRISIS COVER INCOME ( ELAUN PENDAPATAN TAHUNAN Apabila Mengidap Salah Satu Daripada 36 JENIS PENYAKIT KRITIKAL )

  • Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya kita mengidap salah satu daripada 36 Jenis Penyakit Kritikal.
  • Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia...

5. KEMALANGAN ( KEMATIAN ATAU LUMPUH KEKAL KESELURUHAN )

  • Manfaat ini akan membayar pampasan Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan akibat kemalangan... Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran ( Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2 )
  • Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan ( PLV-Public Landed Vehicle ) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap,
    pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali ( Double Indemnity )
  • Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan ( % )
  • Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui ( renewal benefit ) –
    Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan sekali lagi anda ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.

6. ACCIDENT MEDICAL REIMBURSEMENT (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)

  • Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku, sekiranya tidak masuk wad. Sekiranya anda mendapatkan rawatan di klinik biasa pun, anda boleh claim kos rawatan tersebut dengan syarat rawatan tersebut adalah disebabkan oleh KEMALANGAN, dan bukannya penyakit.
  • Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.
  • Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan dalam manfaat ini akan membayar balik 100%, tiada dikenakan ko-takaful.

7. WEEKLY INDEMNITY ( PAMPASAN MINGGUAN )

  • Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara ( Temporary Disable ) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'. Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD )
  • 1 Unit manfaat akan membayar RM100 seminggu bagi TTD dan RM50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan ( Healing Progress ).

8. MEDICAL CARD / KAD PERUBATAN...

  • Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
  • Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
  • Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut ( Medical Coverage Table )
  • Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan...

9. MEDICAL COVER

  • Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital
    ( Hospital Benefit ), Elaun ICU dan Elaun Bedah...
  • Elaun Hospital ( rujuk Manfaat no-10 )
  • Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
  • Elaun Bedah ( Surgical Procedure Benefit ) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan ( Severity Level )
  • Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
  • 1 Unit mewakili : RM 50 sehari ( Elaun Hospital ), RM 100 sehari ( Elaun ICU ) & RM 2,500 setiap procedure ( Elaun Bedah )
  • Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan
    ( Severity Level ) seperti berikut :


Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500

  • Elaun Bedah-Maximum RM12,500 setahun

10. ELAUN HOSPITAL ( HOSPITAL BENEFIT )

  • Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
  • Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.
  • Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
  • Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua
    unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit...
  • Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut ( claim ) tanpa memerlukan bill atau resit asal. Bil hospital akan dibayar melalui Medical Card dan elaun hospital
    akan diberikan kepada klien selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
  • Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
  • Hospital - semua jenis Hospital Swasta atau Kerajaan...

11. ELAUN LUMPUH ( DISIABILITY PROVIDER )

  • Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan ( Total Permanent Disable ) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
  • Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.

12. KHAIRAT KEMATIAN

  • Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.

13. PREMIUM PERCUMA ( CONTRIBUTOR BENEFIT )

  • Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya klien disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
  • Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor

14. PULANGAN PELABURAN...

  • Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
  • Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun ( bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih ).
  • Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

36 JENIS PENYAKIT KRITIKAL

ASSALAMUALAIKUM...hari ni aku nak post tentang senarai 36 penyakit kritikal yang akan di lindungi dalam polisi Takafulink / Takafulink Cerdik PruBSN... Ni yang ringkas je...Insyaallah kalau sempat bila-bila aku upload more about 36 penyakit kritikal nih...

OK...PENYAKIT KRITIKAL ni bermaksud, mana-mana dari penyakit yang di iktiraf secara berasingan kat bawah ni, yang berlaku LEBIH DARIPADA 60 hari selepas TARIKH POLISI macam yang ditetapkan dalam jadual atau tarikh penguatkuasaan semula manfaat-manfaat yang di peroleh di bawah Polisi ni...

1. SERANGAN PENYAKIT JANTUNG
2. PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN
3. STROK
4. CANCER
5. KEGAGALAN GINJAL ( BUAH PINGGANG )
6. PENYAKIT LUMPUH / PARAPLEGIA
7. PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
8. SKLEROSIS PELBAGAI / BERBILANG
9. HEPATITIS VIRUS FULMINAN
10. HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA
11. KOMA
12. BUTA
13. PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
14. PEMBEDAHAN AORTA
15. PENYAKIT ALZHEIMER
16. HILANG PENDENGARAN / PEKAK
17. HILANG KEBOLEHAN BERTUTUR / BISU
18. KEBAKARAN PARAH
19. PENYAKIT MEMBAWA MAUT
20. AIDS AKIBAT TRANSFUSI DARAH
21. PENYAKIT MOTOR NEURON
22. PENYAKIT PARKINSON
23. PENYAKIT HATI YANG KRONIK
24. PENYAKIT PEPARU YANG KRONIK
25. ANEMIA APLASTIK
26. DISTROFI OTOT
27. POLIOMIELITIS
28. MENINGITIS BAKTERIA
29. TUMOR OTAK BENIGNA
30. ENSEFALITIS
31. FULL BLOWN AIDS
32. LAIN-LAIN PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG SERIOUSE
33. PEMBEDAHAN OTAK
34. SINDROM APALIK
35. TRAUMA KEPALA UTAMA
36. KEHILANGAN TANGAN ATAU KAKI

untuk sebarang soalan boleh call 019-6635323 - Yusof

Friday, March 20, 2009

DAH ADA MEDICAL CARD COMPANY...

SALAM semua...ni sama macam post pertama no.1 tu... tapi nak ulaskan lebih medalam sikit... berkenaan dah ade medical card company, so buat ape amik medical card from pruBSN lagi...?? benda ni mmg ramai yang cakap, n slalu aku dengar ni dari kawan-kawan yang biasa nya bekerja dengan swasta...dah tentu lah kan...

Dua ayat ni yang biasa kita dengar :-

1. Buat ape amik medical card insuran/takaful..?? medical card company dah ade...

2. Syarikat saya cover medical, unlimited... so tak perlu amik skarang... Tunggu dah pencen nanti baru aku pikir nak amik medical card...

So ayat-ayat ni biasa sangat aku dengar...tapi, pada sesiapa yang bekerja dengan company swasta, yang terlalu and teramat lah yakin dengan dengan manfaat perubatan yang di sediakan oleh company... Firstly aku nak ucapkan tahniah lah sebab korang mmg betuah, bekerja dengan company yang mmg prihati dengan kesihatan staff-staff nye...bagi kemudahan perubatan...

Tapi...ade benda yang aku nak tanya...

1. Company cover unlimited...betul...kadang-kadang kita dengar company kita kerja cover unlimited...tapi...hakikat sebuah unlimited itu...( pada fikiran korang )...limitnya is....

Andaikata, sekiranya korang mengidap penyakit kritikal, and terpaksa pulak cuti panjang...atau pun lebih banyak cuti dari kerja, walaupun bukan saje-saje...cuti sebab gi buat rawatan...tapi... Agak-agak la kan...brape lama company kita nak simpan pekerja mcm kita...?? company bayar gaji kita tapi kita pulak asyik cuti je sebab sakit... paling-paling pun 2-3 bulan la...tak kan la sampai setahun...means, pasti kita di buang kerja kalau keadaan kita mcm tu kan...??

So, kalau company dah buang kita... takkan company nak tanggung medical kita lagi kan...so dah tak unlimited lagi dah kan...ade tak korang terfikir hal-hal mcm ni...??? " tak pe la....kalau jadi mcm ni baru la aku amik medical card..." nak tanya sikit, ade ke company insuran yang hari ni kita amik insuran, besok depa nak bayar bill hospital kita puluh2 ribu ringgit...?? tak yah cakap puluh-puluh lah...2 3 ribu ringgit pun, ade ke...??

2. Tak perlu medicard skarang...sebab dah ade company punya...
Ok...mungkin ye slagi kerja disana... kalau kita jamin kita kerja je sakit tak pe...kalau dah berhenti kerja baru sakit...mcm mane...?? Baru nak amik medical card...?? atau nak guna semua duit EPF yang ade...?? atau duit-duit simpanan yang kita simpan nak beli rumah, atau pergi haji, atau duit tabungan anak kita nak sambung blajar...??


Fikir-fikirkan lah...Renungkan lah...... ; )

MENGAPA MEDICAL CARD AMAT PENTING...???

SALAM semua...first post about insurans...

Hari ni... Aku tgk banyak yang masih belum ade medical card...lagi-lagi melayu kita... kenapa..?? kerana ramai yang lihat medical card ni tak penting... Ade yang kata tak perlu, Company yang kita tgh kerja skarang ni dah ade cover medical...so untuk ape medical card...???

Memang betul...company tanggung tapi...ada tapi nya...sampai bila company nak tanggung...?? And berapa banyak company yang tanggung...?? so mari kita renungkan bersama....

1. Sepanjang kita bekerja di company kita...sakit demam biasa-biasa...mereka tanggung... tapi satu hari nanti, selepas 20 tahun kita kerja dgn company ni, tiba-tiba gawat and company ni perlu buang staff nye termasuk lah kita...??? Sebulan kemudian kita dapat tahu sakit kritikal and perlukan rawatan yang kos nya puluhan atau mungkin ratusan ribu ringgit...mcm mane...?? pergi company lama tu and mintak depa cover bil2 hospital kita...?? dah tentu tak boleh kan... mane ade company yang akan tanggung ex-staff die...

2. Kita kene penyakit kritikal dan memerlukan rawatan yang berterusan...kita pulak MC selalu...3-4 hari seminggu MC, sehari je kerja dalam seminggu... kemudian next week MC lagi 3-4 hari...

Rasa-rasanya berapa lama company kita akan tanggung pekerja mcm ni...??? Sebulan...?? mungkin lagi...tapi kalau masalah ni berterusan 3-4 bulan...?? Company mana yang nak tanggung staff yang sakit kritikal mcm ni...

Even kalau kita yang jadi manager company ni...kalau kita akan ade staff yang ade masalah mcm ni...Agak-agak brape lama company kita boleh tanggung staff mcm ni..?? gaji tiap-tiap bulan kita bayar tapi kerja tak pernah siap, siap kita kene hire pekerja lain lagi untuk siapkan kerja dia... kene bayar 2 orang untuk satu kerja...?? Apa tindakan kita kalau kita ade staff mcm ni...kalau sorang, mungkin no problem...tapi kalau 5 6 orang...?? mcm mane...??

Dua contoh ni dah cukup menunjukkan walau sebesar mana company kita, walau sebesar mana gaji kita atau selama mana pun kita kerja dgn sesebuah company tu, belum tentu di masa akan datang kita selamat dari masalah ni...jadi renungkan lah sejauh and sedalam mana kepentingan medical card untuk diri kita...dan keluarga kita.....

Kita bekerja dari pagi sampai petang, kalau ade yang overtime tu dari pagi sampai ke malam berkerja, 5 hari seminggu... Kerja keras untuk sara keluarga dan anak-anak... tapi ada kita fikir diri kita...?? untuk apa bekerja keras tapi bila sakit, dimana keadaan kita...?? mcm mane keadaan kita..?? Tak kan masa sakit baru nak amik medical card...??

Renung-renungkan lah...bak kata nabil " Lu pikir lah sendiri..."
SALAM....peace.... ; )

Thursday, March 12, 2009

ASSALAMUALAIKUM

SALAM semua...Welcome and Thank U kerana sudi melawat blog saya... Alhamdulillah hari ni dengan bantuan isteri ku yang mmg pandai ngn internet and website ni, aku berjaya gak membuat my own Insurans blog merangkap website rasmi perkhidmatan aku...

Sedia maklum aku kini menjalan kan business Insuran aku...Part time agent for now... Target fulltime agent Insyaallah sebelum akhir tahun ni...Insyaallah...Doakan...Ameen...

Harap dapat galakan dari sahabat-sahabat semua...
Terima Kasih.....
Salam.......................... . .